CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 22, 2009

untuk apa aku berblogging....

aku berblogging untuk keluarkan semua perkara yang aku tak suka nak fikir dalam kepala otak aku....sebab aku dah banyak sangat makan semut mayat...

aku berblogging sebab aku rasa...kalau aku bermulut jahiliah...takder saper nak marah aku..takder siapa pun akan maki hamun aku....(sebab aku off comment...hehehehe)

aku seorang bibik yang hanya tahu mengira nombor dan memberikan kerugian kepada majikan....aku seorang bibik..yang hanya tahu lap lantai...buang habuk..dari jam 9pagi-6petang....

aku takder masa nak fikirkan pasal masa depan yang mempunyai keluarga bahagia...sebab bila aku ader sebuah keluarga yang bahagia...yang aku ciptakan bersama insan yang aku sayang...aku takut..kebahagian aku bersama emak yang penat membesarkan aku akan padam...

aku takder masa nak fikirkan berapa orang anak yang aku mampu produkkan dalam masa 5tahun....aku takder masa nak fikirkan apakah nama yang layak untuk anak-anak aku....aku juga aku tiada masa nak fikirkan berapa kos penghantaran anak untuk di hantar perah otak...senduk ilmu bagai....

banyak perkara yang aku simpan dalam peti otak aku....

kini...tiba masanya aku nak bagi sedikit space untuk aku fikirkan perkara-perkara yang selama ni tidak pernah aku fikirkan....

kerana itu aku berblogging...


p/s : aku sendiri tak tahu...kenapa tak boleh nak leave comment kat blog aku ni.....

0 comments: